TOKYO, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 65 penerbangan di Jepun dibatalkan berikutan Taufan Meari yang bakal melanda, lapor Sputnik memetik laporan stesen penyiaran Jepun NHK pada Sabtu.
Menurut laporan itu, 400 keluarga di wilayah Shizuoka Jepun telah pun mengalami gangguan bekalan elektrik.
Perkhidmatan feri di wilayah Kanagawa, Chiba dan Ibaraki turut dibatalkan.
Pihak berkuasa Jepun sebelum ini memaklumkan lebih 72,000 penduduk di wilayah Shizuoka diarahkan berpindah.
Taufan Meari telah melanda selatan Jepun pada Jumaat. Taufan itu dijangka bergerak ke pantai timur Jepun pada Sabtu.
Menurut perkhidmatan kaji cuaca Jepun, lebih 200 milimeter curahan hujan direkodkan di wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu dan taburan hujan dijangka mencecah 300 milimeter menjelang pagi Ahad.
Taufan itu kini membadai kawasan barat daya Shizuoka dan bergerak ke timur laut pada kelajuan 20 kilometer (km) sejam beserta angin kencang berkelajuan 72 km sejam.
Pada pagi Ahad taufan itu diramal melanda pantai timur laut Jepun sebelum bergerak ke timur laut menghala ke Lautan Pasifik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial