SUKAN

Hoki Piala Sultan Azlan Shah diawalkan ke 1 Nov

13/08/2022 07:47 PM

IPOH, 13 Ogos (Bernama) -- Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 diawalkan dari 1 hingga 10 Nov depan, menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata penganjuran kejohanan itu dijadual pada 15 hingga 25 Nov, namun ditukar bagi membolehkan pasukan negara membuat persediaan menghadapi kejohanan lain.

Menurutnya, selain Malaysia sebagai tuan rumah, negara lain yang telah mengesahkan penyertaan adalah juara edisi 2019 Korea Selatan, Kanada, Jepun, Afrika Selatan dan Pakistan.

“Jemputan kita buat berasaskan maklumat daripada ketua jurulatih, Arul Selvaraj bahawa negara jemputan bukan calang-calang pasukan, tetapi hadir dengan status hebat.

“Skuad negara memerlukan perlawanan sebegitu sebagai persediaan untuk Piala Asia tahun depan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Subahan berkata pihaknya yakin edisi di sini akan mendapat sokongan padu penonton yang merindui aksi melibatkan pemain terbaik dan perlawanan bertaraf dunia.

Dalam pada itu, beliau berkata format pertandingan tersebut akan diputuskan dalam masa terdekat.

Kali terakhir Piala Sultan Azlan Shah berlangsung adalah pada 2019 dengan pasukan negara mendapat tempat ketiga.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan