BERITA TERGEMPAR | Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | |
MANILA, 13 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maguindanao di selatan Filipina pada petang Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Gempa berlaku pada 2.25 petang waktu tempatan (0625 GMT) pada kedalaman 62 kilometer (km), kira-kira 11 km dari barat laut bandar Upi Selatan, lapor Xinhua.
Gegaran turut dirasai di Cotabato, General Santos, Davao, dan Kidapawan di pulau Mindanao.
Institut itu memaklumkan gegaran susulan diramal berlaku tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan.
Filipina kerap mengalami aktiviti seismik kerana terletak di sepanjang "Lingkaran Api" Pasifik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial