AM

Program 'Internet dan Anda' hubungkan masyarakat dengan pemain industri telekomunikasi

28/07/2022 08:59 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- ‘Internet dan Anda’, sebuah program bual bicara terbitan BernamaTV memberikan peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan pemain industri dalam bidang telekomunikasi tempatan mengenai hal dan isu sambungan Internet.

Penerbit program Internet dan Anda, Nizuan Hanafi berkata program yang diterbitkan sebanyak 13 episod itu bertujuan menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat mengenai hal dan isu berkaitan Internet susulan penamatan rangkaian 3G yang bertujuan menaik taraf sambungan Internet melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA). 

“Interaksi secara dua hala melalui komen dan maklum balas yang diterima di ruangan sembang (LiveChat) semasa program ini bersiaran langsung dapat membuktikan bahawa inisiatif JENDELA sebenarnya adalah untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Program kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha bagi membantu masyarakat lebih memahami berhubung isu sambungan Internet. 

Program ‘Internet dan Anda’ bersiaran pada Rabu, 8.30 malam dan boleh ditonton di Facebook rasmi Bernama. 

Memasuki episod ketujuh pada minggu hadapan, program dihoskan oleh Adil Hidayat Rosli itu akan menampilkan Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM) Lolita Mohamed Suffian.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan