KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mahu memastikan kekuatan mental mereka berada pada tahap tertinggi ketika mengharungi saingan Masters Malaysia di Axiata Arena di Bukit Jalil, bermula esok.
Pasangan ranking ke-12 dunia itu mengakui faktor tersebut yang menyebabkan mereka terlepas peluang merangkul gelaran pada Terbuka Malaysia di venue sama selepas tumpas kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia, di peringkat separuh akhir, kelmarin.
“Kita harus memberi lebih tumpuan terhadap kekuatan mental...kita sudah berbincang dengan jurulatih mengenai situasi kami dan harap kita boleh main lebih baik di Master Malaysia,” kata Sze Fei ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan,di sini, hari ini.
Sabtu lepas, juara Terbuka Jerman 2022 itu tewas di separuh akhir Terbuka Malaysia kepada beegu nombor tujuh dunia, Fajar-Muhammad Rian, 14-21, 12-21 dalam pertarungan selama 37 minit.
Pasangan beregu negara itu dijadual berdepan pasangan Indonesia itu di pusingan pertama Masters Malaysia, esok.
Nur Izzuddin juga sependapat dengan Sze Fei, sambil mengakui perlu lebih agresif dan tidak terlalu memikirkan prestasi pihak lawan.
Beliau berkata ketika di gelanggang, mereka perlu bekerjasama dan saling membantu bagi memastikan kekuatan mental pasangan berada pada tahap tertinggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial