POLITIK

JPP PKR dedah ada pihak cuba godam keputusan pemilihan

04/07/2022 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mendedahkan terdapat beberapa cubaan untuk menggodam keputusan pemilihan parti 2022 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya Dr Zaliha Mustafa berkata perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemaskinikan rekod pengundian.

“Setelah menerima laporan audit dari Pakar Digital, JPP telah meneliti laporan tersebut dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas menerusi analisa digital.

“Dapatan audit mendedahkan terdapat percubaan untuk menggodam keputusan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Proses pemutihan telahpun dilaksanakan berdasarkan keputusan analisa digital tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Zaliha, penemuan tersebut tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang.

Katanya, keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 boleh dilayari di laman web https:llpemilihankeadilan2022.com dan keputusan rasmi akan diumumkan semasa Kongres Nasional Tahunan PKR dari 15 hingga 17 Julai ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan