AM

MATTA sasar aktifkan kembali anggota pada pameran pelancongan

04/07/2022 06:24 PM

KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak berharap Pameran Pelancongan MATTA Sarawak ke-16 pada awal bulan depan akan mengaktifkan kembali 121 anggotanya.

Pengerusi MATTA Sarawak Oscar Choo berkata setakat ini sekitar 10 peratus anggotanya di negeri ini belum menggerakkan aktiviti mereka walaupun kerajaan sudah membuka kembali sempadan negara sejak 1 April lepas.

“Saya tidak mengatakan mereka sudah tutup kedai tetapi belum lagi aktif sahaja," katanya dalam sidang media mempromosikan pameran pelancongan terbaru MATTA Sarawak itu hari ini.

Katanya pameran itu akan diadakan serentak di sini dan bandar raya Miri pada 6 dan 7 Ogos ini, selain mampu disertai semua anggota bagi memudahkan mereka memulakan semula operasi. 

Selain itu, Oscar berkata acara itu juga bertujuan mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket penipuan pakej pelancongan dengan mempertemukan mereka secara terus dengan ejen-ejen pelancongan MATTA  yang sah. 

"Ketika ini kami menyasarkan sebanyak 48 gerai pameran (dibuka) bagi acara itu di sini dan di Miri pula disasarkan sebanyak 20 gerai pameran," katanya dan menambah orang ramai boleh mengunjungi pameran itu secara percuma dari 10 pagi hingga 9 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan