OTTAWA, 30 Jun (Bernama) -- Kanada terus melanjutkan langkah-langkah kawalan pencegahan COVID-19 untuk pelancong asing yang ingin masuk ke negara itu, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Rabu.
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuatkuasa hingga 30 Sept 2022, lapor Xinhua memetik kenyataan PHAC.
"Di saat kita melangkah ke fasa seterusnya dalam tindak balas COVID-19, adalah penting untuk kita ingat bahawa wabak ini belum berakhir. Kita mesti terus melakukan semua yang termampu demi memastikan diri dan orang lain selamat daripada virus itu.
Langkah-langkah di sempadan Kanada kekal fleksibel dan mudah diadaptasi," kata Menteri Kesihatan Jean-Yves Duclos.
Ujian secara rawak akan diteruskan di semua lapangan terbang sehingga pertengahan Julai.
Ujian mandatori itu diteruskan di pintu masuk sempadan darat, tanpa sebarang perubahan.
Pengembara yang tidak lengkap vaksinasi, melainkan mendapat pengecualian perubatan, akan terus menjalani ujian COVID-19 pada hari pertama dan hari kelapan di sepanjang tempoh kuarantin 14 hari mereka, menurut PHAC.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial