AM

PM bangga Malaysia negara contoh bentuk perpaduan kaum

29/06/2022 11:54 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum.

Beliau berkata perkara itu dikhabarkan ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia (MWL) Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa di pejabatnya hari ini. 

“Dalam pertemuan ini, saya nyatakan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi terus kukuh bagi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sheikh Dr Mohammad berada di Malaysia bagi menghadiri Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan di Bandar Sunway, Petaling Jaya esok.

Perdana Menteri dijadual untuk menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan yang julung kali diadakan di Malaysia.

Persidangan sehari itu yang menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan