PHNOM PENH, 29 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen pada Rabu menandatangani keputusan menetapkan 23 Julai 2023 sebagai tarikh pilihan raya umum ketujuh, lapor Xinhua.
“Menteri Kabinet, menteri dalam negeri, menteri ekonomi dan kewangan, semua menteri, dan semua ketua-ketua institusi berkaitan perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah diputuskan dengan penuh dedikasi mulai tarikh tandatangan,” katanya.
Negara Asia Tenggara itu mengadakan pilihan raya umum lima tahun sekali.
Pada pilihan raya umum lepas yang berlangsung 29 Julai 2018, Parti Rakyat Kemboja memenangi kesemua 125 kerusi dewan perundangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial