BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
LUNDU (Sarawak), 22 Jun (Bernama) -- Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendengar pandangan daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo sebelum membuat apa-apa ketetapan berhubung permohonan Ahli Parlimen kawasan berkenaan Datuk Willie Mongin untuk menyertai PBB.
Naib Presiden PBB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pandangan daripada Datuk Roland Sagah Wee Inn (ADUN Tarat), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong) dan Miro Simuh (Serembu) akan diambil kira sebelum perkara itu diputuskan.
“Mereka (Majlis Tertinggi) juga perlu berunding dengan pemimpin akar umbi seperti ketua masyarakat kaum Bidayuh di kawasan itu,” katanya kepada media selepas melancarkan pertandingan Miss Tourism International Friendship Pathway di sini hari ini.
Isnin lepas, Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan menjadi ahli parti Bersatu, telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar permohonannya untuk menyertai PBB beberapa bulan lepas, dengan mendakwa bahawa selama ini beliau "secara teknikal” diletakkan dalam parti Bersatu bagi menyokong kerajaan semasa.
Willie memenangi kerusi parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum ke-14 atas tiket PKR, namun diketepikan oleh parti itu selepas beliau bersama beberapa Ahli Parlimen PKR menarik balik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan semasa peristiwa “Langkah Sheraton”, sebelum menyertai Bersatu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial