JENAYAH & MAHKAMAH

Video feri terbakar kejadian lama - JLM

16/06/2022 04:27 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Jabatan Laut Malaysia (JLM) menafikan terdapat kejadian feri penumpang terbakar di perairan Langkawi, Kedah semalam seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

JLM dalam kenyataan hari ini berkata video itu merupakan insiden kebakaran yang berlaku pada 2019 dan ditularkan semula oleh individu tidak bertanggungjawab.

"JLM juga ingin memaklumkan bahawa pemeriksaan secara berkala dijalankan terhadap setiap feri penumpang yang berdaftar bagi memastikan aspek keselamatan penumpang tidak diabaikan,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Semalam tular beberapa video dan gambar insiden kebakaran membabitkan feri penumpang ke Langkawi di Facebook dan aplikasi WhatsApp.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan