BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 AM

Perdana Menteri hadir Rumah Terbuka ADUN Tanjung Bidara malam ini

29/05/2022 09:24 PM

ALOR GAJAH, 29 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh di rumahnya di Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini.

Ismail Sabri, yang tiba kira-kira 8.45 malam disambut Ab Rauf bersama kepimpinan kerajaan negeri termasuklah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Turut hadir barisan Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan ribuan penduduk sekitar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan