DUNIA

IPEF: Korea Selatan mahu perkukuh lagi kerjasama dengan ASEAN

27/05/2022 02:32 PM

SEOUL, 27 Mei (Bernama) -- Korea Selatan akan memperkukuh lagi kerjasama dengan negara Asia Tenggara bagi menangani cabaran bersama di Indo-Pasifik dan bekerjasama dalam kerangka kerja ekonomi baharu yang diterajui Amerika Syarikat, kata diplomat Seoul pada Jumaat.

Menurut Agensi Berita Yonhap, dalam pertemuan dengan 10 duta dari ASEAN di sini di pejabatnya, Menteri Luar Park Jin berkata pentadbiran (Presiden) Yoon Suk-yeol merancang untuk mengukuhkan "kerjasama strategik" dengan ASEAN dalam sektor seperti ekonomi, keselamatan, penjagaan kesihatan dan teknologi.

Beliau berkata Seoul berharap dapat menjalinkan hubungan lebih erat dengan ASEAN di bawah Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dilancarkan awal minggu ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan