KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB Investment) telah menyemak unjuran Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 2.25 peratus daripada 2.0 peratus untuk tahun 2022 dengan kenaikan 25 mata asas (bps) akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia pada September depan.
Menurut nota penyelidikannya hari ini, ia berkata unjuran OPR akhir 2023 juga akan disemak naik kepada 2.75 peratus daripada 2.50 peratus.
“Kami secara relatifnya lebih optimis dalam penetapan OPR pada 2022 hingga 2023 berbanding dengan konsensus disebabkan faktor seperti harga makanan dan minyak global berkemungkinan akan menjadi stabil jika tidak disatukan secara berterusan pada separuh kedua 2022.
“Kesesakan rantaian bekalan global yang berhubung kait dengan Malaysia kemungkinan besar akan berkurangan pada separuh kedua 2022; inflasi indeks harga pengguna teras (IHP) pada asas tahun ke tahun berkemungkinan naik antara 2.4 hingga 2.6 peratus pada suku ketiga pada suku ketiga 2022; subsidi bahan api dan makanan semasa akan kekal pada tahun 2022 dan penjualan terburuk dalam pasaran bon kerajaan domestik dan tekanan harga menaik pada dolar AS berbanding ringgit, "katanya.
Bank itu berkata walaupun ekonomi akan meningkat pada suku kedua 2022, dinamik itu tidak mungkin membawa kepada tekanan harga menaik yang berterusan pada inflasi teras IHP selepas suku ketiga 2022 apabila harga komoditi stabil dan tekanan rantaian bekalan berkurangan pada separuh kedua 2022.
“Kenaikan OPR melangkaui tahun 2022 kepada kadar neutral 3.0 peratus akan didorong oleh kadar dasar normalisasi BNM memandangkan ekonomi tidak lagi berada dalam keadaan kritikal atau menghadapi masalah besar seperti yang berlaku pada tahun 2019 hingga 2021.
"Sehubungan itu, keperluan untuk keadaan monetari yang sangat longgar adalah sejarah lampau, normalisasi dasar adalah laluan optimum untuk masa depan...itu adalah pandangan kami," katanya.
Sementara itu, RHB Investment mengekalkan unjuran inflasi IHP 2022 pada 2.6 peratus tahun ke tahun berbanding unjuran BNM antara 2.2 hingga 3.2 peratus.
“Kenaikan Inflasi IHP teras menetapi unjuran kami di mana kami telah menjangkannya sejak awal 2022 bahawa peningkatan sekitar 2.0 peratus tahun ke tahun akan menjadi kenyataan menjelang April.
“Unjuran inflasi IHP teras Mei kami dikekalkan pada 2.2-2.4 peratus. Unjuran inflasi IHP teras BNM 2022 ialah 2.0-3.0 peratus. Kami menjangkakan inflasi IHP teras akan meningkat sehingga suku ketiga 2022 apabila tekanan permintaan meningkat,” kata bank itu.
Hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan bahawa IHP pada April 2022 meningkat 2.3 peratus kepada 125.9 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial