AM

PPA Kelantan anjur program Keluargaku Keluarga Membaca Jun depan

18/05/2022 03:22 PM

KOTA BHARU, 18 Mei (Bernama) -- Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) akan menganjurkan Program Keluargaku Keluarga Membaca 2022 mulai 1 Jun hingga akhir tahun ini.

Pengarah PPAK Kelantan Shamsul Baharin Isa berkata program bertemakan ‘Membaca Menyatukan Keluarga’ diadakan bertujuan menggalakkan serta melahirkan masyarakat berilmu berkenaan akan dilaksanakan di semua 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Beliau berkata setakat April lepas pihaknya menerima sebanyak 541 penyertaan, melebihi sasaran 450 penyertaan.

“Program ini memerlukan peserta membaca dua jenis bahan bacaan iaitu bahan bacaan wajib yang disumbangkan beberapa pihak seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan koleksi bahan bacaan pilihan seperti buku-buku di perpustakaan sebagai bonus markah kepada mereka.

“Antara kategori dipertandingkan adalah Anugerah Ikon Membaca Negeri Kelantan, Anugerah Ikon Keluarga Membaca Negeri Kelantan, Anugerah Rakyat Bestari, Anugerah Keluarga Bestari dan Anugerah Keluarga Mawaddah,” katanya kepada Bernama selepas menerima 700 naskah buku ‘Celik Wang’ dan ‘Power’ sumbangan AKPK, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Baharin berkata pihaknya kini dalam proses mengagihkan buku ke perpustakaan desa di 45 kawasan DUN terlibat.

“Peserta boleh memulakan bacaan kemudian merekod aktiviti mereka pada borang penilaian bermula 1 Jun ini,”  katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan