SUKAN

Sukan SEA: Skuad berbasikal MTB cipta sejarah raih emas pertama

17/05/2022 02:24 PM

HANOI, 17 Mei (Bernama) -- Skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta pencapaian bersejarah apabila merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di wilayah Hoa Binh, Vietnam, hari ini.

Ia merupakan emas pertama Malaysia dalam sukan itu sepanjang penganjuran temasya Sukan SEA dengan pencapaian terbaik sebelum itu adalah pingat perak pada edisi 2011 yang menjadi pingat terakhir diraih kem berbasikal MTB negara.

Pada saingan final hari ini, skuad kebangsaan dibarisi Ahmad Syazrin Awang Ilah, Zulfikri Zulkifli, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon merekodkan masa 1 jam, 23 minit dan 14 saat untuk muncul juara sekali gus menghadiahkan Malaysia emas ke-20 pada temasya sukan dwitahunan itu.

Pasukan tuan rumah yang diwakili Van Linh Dinh, Thi Nhu Quynh Dinh, Van Nhat Bui dan Thi Thom Ca terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat masa 1’23.48s.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Phunsiri Sirimongkhon, Warinthorn Phetpraphan, Supuksorn Nuntana dan Keerati Sukprasart dari Thailand dengan masa 1’24.54s.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan