BERITA COVID–19   Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19 | Filipina kesan jangkitan tempatan subvarian Omicron BA.2.12.1  | 30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 | Kes baharu COVID-19 meningkat 119 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Singapura lapor 3 kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5 | 
AM

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan lancar buku mewah PVRTM

14/05/2022 07:20 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Mewah ‘Di Sebalik Nama Orang RTM’ yang diterbitkan oleh Persatuan Veteran RTM (PVRTM), di sini.

Buku yang diterbitkan buat pertama kali itu mengandungi fakta serta maklumat mengenai 76 orang tokoh personaliti dalam kalangan ahli PVRTM sendiri yang telah menabur bakti di dalam Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sama ada di hadapan atau di belakang tabir.

Presiden PVRTM Zohara Gany Mhd Bathusha berkata pihaknya mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan buku itu memandangkan proses pencarian fakta yang rumit, terutama bagi tokoh yang telah meninggal dunia.

“Untuk memilih 76 orang tokoh personaliti itu memang susah sebab perlu memilih tokoh daripada kira-kira 1,200 ahli kita yang sedia ada, tetapi kita pilih juga, yang kita rasa ‘senior’ kita bagi beri keutamaan dahulu dan kita campur juga dengan yang baru bersara.

“Kita juga ambil daripada lain-lain jabatan seperti jurukamera, editor, penyampai radio, produser, dan lain-lain. Jadi, jangan ingat kalau personaliti itu cuma penyiar sahaja, tetapi orang di sebalik kamera juga ada, dan tugas mereka juga mustahak,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran buku itu, hari ini.

Sementara itu Zohara berkata pihaknya dijangka memulakan projek buku itu untuk edisi kedua pada pertengahan tahun ini yang akan memuatkan kira-kira 30 hingga 40 orang tokoh dan personaliti PVRTM.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan