AM

REMAJA HILANG DIHANYUT ARUS DITEMUKAN LEMAS

07/05/2022 10:19 PM

KUANTAN, 7 Mei (Bernama) -- Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras semasa mandi di kawasan rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini semalam ditemukan lemas hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Amirun Mohamad, 14, ditemukan pada 6.10 petang di Lubuk Cina, kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir. 

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat. 

Amirun dari Jabor, Terengganu dilaporkan hilang pada kira-kira 2.30 petang semasa mandi bersama abang dan dua sepupunya. 

Mereka dihanyutkan arus deras ke tempat dalam sebelum abang dan dua sepupu mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan