EKONOMI

KSK Land raih penghargaan di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2022

29/04/2022 07:40 PM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Syarikat pembangunan hartanah, KSK Land Sdn Bhd berjaya merangkul dua anugerah pada acara Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2022, baru-baru ini.

Aplikasi perkhidmatan penghuni 8 Conlay yang dikeluarkan oleh syarikat serta penetapan harga dinamik bercirikan kecerdasan buatan (AI) meraih penghargaan bagi kategori anugerah Hartanah : AI dan Teknologi Hartanah.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata inovasi tersebut telah dipacu oleh cabang teknologi hartanahnya, KSK City Labs. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusannya, Joanne Kua, syarikat itu sememangnya giat berusaha memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi mendapatkan penyelesaian yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang berkualiti tinggi.

“Berikutan itu, kita telah komited untuk merekabentuk penyelesaian secara dalaman kerana dapat memanfaatkan data yang tepat dengan kemahiran sesuai,” katanya.

KSK Land berkata aplikasi perkhidmatan penghuni 8 Conlay itu memberi penduduk YOO8 Branded Residences dengan rangkaian ciri perkhidmatan dan gaya hidup dan membolehkan mereka menjejaki kemajuan pembinaan unit masing-masing, mengurus kediaman secara jarak jauh dan akses kepada perkhidmatan gaya hidup mewah acara komuniti.

Sementara itu, penetapan harga dinamik pacuan AI itu memastikan bahawa pelanggan mendapat harga adil dan tepat untuk rumah mereka.

KSK Land berkata Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia oleh majalah Singapore Business Review itu bertujuan menghargai syarikat-syarikat yang cemerlang dalam usaha memanfaatkan aspek inovasi teknologi. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan