AM

Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa, sekiranya Hari Raya 3 Mei - MB

27/04/2022 01:42 PM

KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

“Jadi ia adalah untuk memudahkan para pekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Terengganu supaya mereka dapat terus berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis (5 Mei),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan