AM

KKM tidak pernah memperaku produk, makanan boleh ganti ubatan

19/04/2022 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini bagi menjelaskan  tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan produk teh mereka diiktiraf oleh kementerian berkenaan.

"Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal,” menurut kenyataan itu yang turut menyertakan gambar asal.

KKM juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya serta mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan