AM

Yayasan Farley dan Mitsubishi Corporation tawar biasiswa kepada pelajar UTS

22/03/2022 09:31 PM

SIBU, 22 Mac (Bernama) -- Yayasan Farley dan Mitsubishi Corporation menjadi entiti komersial terbaharu menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak, untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS), universiti milik kerajaan negeri.

Komitmen tersebut dimeterai dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Farley, Mitsubishi Corporation dan UTS di sini hari ini, yang disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee.

Naib Canselor UTS Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata komitmen terbaharu itu memperluaskan lagi peluang mendapatkan bantuan pendidikan bagi pelajar di universiti tersebut, sebagaimana yang turut ditawarkan melalui Biasiswa Tunku Abdul Rahman, Biasiswa Tun Taib, Biasiswa Nangka, Biasiswa Sarawak Energy Berhad, Yayasan Toh Li Hua, Tabung Baitulmal Sarawak, Yu Chee Hoe & Lee Kwan Charitable Trust (YCHLK) dan Dana Amanah Bakun.

“Para pelajar kami sangat bertuah. Terdapat begitu banyak biasiswa, skim bantuan kewangan dan pinjaman pendidikan disediakan oleh kerajaan, syarikat dan yayasan. Malah, Yayasan Sarawak, Yayasan Sabah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) juga, menyediakan pinjaman pendidikan dan geran khas,” katanya.

Beliau berkata UTS sendiri menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar asasi dan biasiswa 50 peratus kepada mahasiswa dan pascasiswazah selepas diluluskan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika pelancaran UTS pada November lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan