HANOI, 24 Jan -- Vietnam mencatatkan 14,978 kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam setakat 4 petang Ahad (23 Jan), termasuk 44 kes import dan 123 kematian, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik Kementerian Kesihatan.
Hanoi terus merekodkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,967 kes, diikuti Da Nang dengan 984 dan Hai Phong dengan 724.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 negara itu mencecah 2,141,422 dengan jumlah kematian sebanyak 36,719.
Sejumlah 4,157 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih kepada 1,804,849.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial