BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 EKONOMI

Teknologi peralatan pengimejan canggih sokong industri penjagaan kesihatan Malaysia, bantu tingkat ekonomi

21/01/2022 03:53 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Malaysia yang memiliki antara peralatan teknologi pengimejan paling canggih di rantau ini boleh membantu menarik lebih ramai pengembara penjagaan kesihatan asing dan seterusnya dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Perunding am dan ahli radiologi musculosketal (MSK) Dr Mohd Farhan Hamdan berkata negara memiliki teknologi pengimejan canggih dalam kardiologi, ginekologi, onkologi dan ortopedik. 

“Ini meletakkan negara di kedudukan unik menjadi destinasi penjagaan kesihatan global utama bagi pesakit di negara ini dan dari luar negara, membolehkan kita menawarkan penjagaan berkualiti pada harga berpatutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena pelancaran peralatan EOS Imaging System (X-ray) dan Open Tilting MRI di Hospital Ortopedik ALTY. 

Beliau berkata, hospital, klinik dan pusat rawatan pakar yang melabur dalam teknologi pengimejan canggih bukan sahaja dapat membina reputasi menyediakan penjagaan khusus tetapi juga menyediakan penjagaan perubatan canggih yang sedia ada bagi keperluan rakyat Malaysia.

“Ini merupakan satu daripada banyak faktor yang menarik pengembara penjagaan kesihatan asing yang seterusnya akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya. 

Mohd Farhan berkata ketika negara berada di landasan menjadi destinasi penjagaan kesihatan utama di rantau ini dan global, peralatan pengimejan akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan lagi penawaran penjagaan kesihatan Malaysia dan menambah baik akses kepada penjagaan berkualiti bagi pesakit. 

“Kemajuan dalam peralatan pengimejan memberi potensi besar bagi tempoh pelaporan lebih singkat, memenuhi keperluan pesakit yang mendesak dan menambah baik hasil penjagaan kesihatan secara keseluruhan,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan