JERUSALEM, 29 Dis -- Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz di kediamannya di pusat bandar Rosh Ha'ayin pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Israel.
Pertemuan yang berlangsung selama dua jam setengah itu menyentuh mengenai pelbagai isu termasuk keselamatan dan hal sivil.
Gantz memberitahu Abbas bahawa beliau berhasrat untuk "terus mempromosikan tindakan bagi mengukuhkan keyakinan dalam bidang ekonomi dan awam, seperti yang telah dipersetujui ketika perjumpaan terakhir mereka," kata kementerian itu.
Menteri Hal Ehwal Awam Palestin Hussein al-Sheikh mengesahkan pertemuan itu menerusi laman Twitternya, sambil berkata pertemuan kali ini membincangkan isu keselamatan, ekonomi, kemanusiaan dan ketegangan di Tebing Barat akibat tindakan pencerobohan Israel.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial