AM

COVID: Kes baharu Sarawak terus menurun 

20/11/2021 06:24 PM

KUCHING, 20 Nov  -- Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak terus mencatatkan penurunan dengan 255 kes hari ini berbanding 292 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah kes harian itu, hanya tujuh kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Baki 248 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak kini 249,091. Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 76 kes, diikuti Miri (47) dan Bintulu (21),” menurut JPBN.

Selain itu, sebanyak empat kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 13 hingga 19 Nov, manakala jumlah kluster aktif kini adalah enam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan