KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (26 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.
Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.
Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82 peratus atau 2,581,280 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial