BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
KUCHING, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan kerja ke Sarawak hari ini, dengan menghadiri taklimat Pembangunan Negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Sarawak .
Ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke Sarawak sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lepas.
Perdana Menteri yang tiba di sebuah hotel di sini pada 11.30 pagi bagi taklimat itu disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta pemimpin tertinggi negeri.
Beliau yang meluangkan masa kira-kira sejam mendengar taklimat itu turut dijangka melawat Hospital Petra Jaya hari ini.
Ismail Sabri juga dijadualkan melancarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan pentadbirannya di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini malam ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial