Lima Kereta Yang Diletakkan Di Hadapan Rumah Musnah Terbakar

01/07/2025 07:58 PM

SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) -- Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada 6.44 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.

“Sejurus tiba, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan lima kereta pelbagai jenis di hadapan rumah teres dua tingkat Kelas A berkeluasan 2,400 kaki persegi.

“Semua kenderaan terbabit terbakar 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres anggaran lima hingga 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata proses memadam kebakaran melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan