EKONOMI

Keuntungan bersih suku ketiga CIMB Thai melonjak kepada 753.38 juta baht

21/10/2021 04:48 PM

KUALA LUMPUR, 21 Okt  -- Keuntungan bersih CIMB Thai Bank Public Company Ltd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021, melonjak kepada 753.38 juta baht daripada 81.66 juta baht yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

CIMB Thai adalah anak syarikat tidak langsung yang dimiliki 94.83 peratus oleh CIMB Group Holdings Bhd.

Jumlah pendapatan operasi naik kepada 3.60 bilion baht daripada 3.58 bilion baht, kata CIMB Group dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Thai Paul Wong Chee Kin berkata bagi ttempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2021, bank itu mencatatkan keuntungan bersih disatu berjumlah 1.71 bilion baht, peningkatan 16.4 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya peningkatan itu disumbangkan terutamanya oleh pengawalan kos yang lebih baik yang membawa kepada penurunan 12.3 peratus perbelanjaan operasi serta 6.0 peratus dalam kerugian kredit yang dijangkakan, walaupun pendapatan operasi susut 5.4 peratus.

Bagi asas tahun ke tahun, Wong berkata pendapatan operasi menyusut sebanyak 620.3 bilion baht, atau 5.4 peratus, kepada 10.88 bilion baht, berikutan penurunan pendapatan faedah bersih 9.4 peratus yang disebabkan oleh pendapatan faedah pinjaman lebih rendah dan perniagaan sewa beli daripada pengembangan kredit rendah.

“Ini sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan 16.7 peratus dalam pendapatan perkhidmatan dan fi bersih, dipacu oleh pendapatan fi lebih tinggi daripada insurans dan pembrokeran dana bersama.

“Pendapatan operasi yang lain meningkat sebanyak 0.2 peratus disebabkan oleh  kenaikan keuntungan instrumen kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan