KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.
SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) COVID-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.
Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari semasa ke semasa.
Terdahulu, SPR dalam satu sidang media mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 Nov dan pengundian awal pada 16 Nov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial