KUCHING, 17 Okt -- Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 730 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 1,055 kes semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, hanya 21 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Baki 709 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.
Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 231,530.
“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 199 kes diikuti Sibu (98) dan Miri (91),” menurut kenyataan itu.
Selain itu, 13 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 11 Okt hingga semalam manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 54.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial