SHAH ALAM, 12 Okt -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang penolong pegawai sebuah agensi perladangan bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira sekitar 4 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberikan keterangan.
Sumber memaklumkan sekitar 2018, suspek pada masa itu bertugas sebagai pengurus perniagaan agensi yang sama di kawasan Klang, telah bersubahat dengan seorang pemilik syarikat dalam mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja-kerja pembekalan pasir sungai dan tanah kepada agensi perladangan tersebut, sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini esok, bagi permohonan reman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial