DUNIA

Perdana Menteri India, UK setuju perspektif bersama mengenai keganasan

12/10/2021 12:15 PM

NEW DELHI, 12 Okt  -- Perdana Menteri India dan UK, Narendra Modi dan Boris Johnson membincangkan keadaan di Afghanistan dan bersetuju perlunya perspektif bersama mengenai keganasan, kata Kementerian Luar India (MEA) dalam satu kenyataan.

"Kedua-dua pemimpin juga berkongsi pandangan mengenai pembangunan wilayah, khususnya situasi di Afghanistan. Dalam konteks ini, mereka sepakat perlunya mengembangkan perspektif antarabangsa yang sama berhubung isu-isu berkaitan ekstremisme dan terorisme, serta Hak Asasi Manusia dan hak wanita serta golongan minoriti," katanya, menurut Sputnik.

"Kedua-dua pemimpin meneliti kemajuan dalam hubungan dua hala sejak sidang kemuncak maya mereka awal tahun ini, dan menyatakan kepuasan terhadap langkah-langkah yang telah dimulakan di bawah Pelan Rancangan 2030 yang diterima semasa sidang kemuncak maya. Mereka juga mengkaji semula kemajuan Perkongsian Perdagangan Ditambah Nilai dan sepakat mengenai potensi hubungan perdagangan dan pelaburan yang berkembang pesat antara kedua-dua negara," kata kenyataan itu.

Modi dan Johnson turut membincangkan mengenai isu perubahan iklim.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan