POLITIK

Audio tular: Kesahihan rakaman perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan - Takiyuddin

10/10/2021 12:52 PM

KOTA BHARU, 10 Okt  -- Kesahihan rakaman audio yang didakwa mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan Presidennya PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan diambil.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga terbuka sekiranya polis akan melakukan siasatan sekiranya menerima laporan.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu.

“Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu kepada pemberita di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli  berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan