JENAYAH & MAHKAMAH

Dua pendaki sesat di Gunung Pulai ditemukan selamat malam tadi

27/09/2021 11:37 AM

JOHOR BAHRU, 27 Sept -- Dua pendaki yang dilaporkan sesat di Gunung Pulai dekat Kulai petang semalam, ditemukan selamat di kawasan sekitar gunung itu, pada pukul 10.45 malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Wan Mohd Azrul Wan Mahamad Shaf'ii berkata kedua-dua mangsa Muhammad Syazwan Kamarulzzaman, 25, dan Muhammad Fadzrel Haziq Mohd Farid, 16, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Perubatan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti Hilux dari BBP Kulai berserta lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada saudara mangsa pada 5.30 petang.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menghubungi talian telefon mangsa bagi menjejaki lokasi semasa mangsa, tetapi rangkaian telefon tidak jelas. Operasi mencari dan menyelamat selesai pada 1.15 pagi tadi.," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan