BATU PAHAT, 18 Sept -- Sebanyak 17 Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkuitan Jalan (JPJ Mobile) telah dibuka di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata dua lagi kaunter akan dibuka dalam masa terdekat bagi menampung permintaan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan JPJ.
"Kita lihat ramai orang mahu mendapatkan perkhidmatan daripada JPJ ini seperti pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang kini perkhidmatannya hanya dilakukan di Pejabat JPJ dan Pejabat Pos,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kaunter JPJ Mobile di sini hari ini.
Sementara itu, Wee berkata bagi pemegang Lesen Belajar Memandu (Lesen LDL), lanjutan tempoh diberikan sehingga 30 Jun 2021 susulan terdapat kesukaran bagi orang ramai mendapatkan slot janji temu untuk memperbaharui lesen memandu sebelum ini.
Sementara itu, mengulas projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi yang bermula Khamis lepas, Wee berkata sektor pelancongan dan pengangkutan terutamanya penerbangan, dilihat telah bersedia untuk kembali beroperasi bagi memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat.
"Pemulihan ekonomi kini sedang berjalan … Khamis lepas seramai 800 pengunjung memulakan perjalanan ke Pulau Langkawi dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), manakala 720 pengunjung dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2)," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial