KUALA LUMPUR, 15 Sept -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah merangkul anugerah di bawah kategori "Tawaran Terbaik mengikut Negara" di Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2021.
Di bawah kategori tersebut, bank berkenaan diiktiraf kerana peranannya sebagai pengurus utama bersama untuk perjanjian Sukuk mercu tanda Malaysia yang dikeluarkan oleh Institusi Kewangan Pembangunan tempatan (DFI) yang terbesar, yang meraih penghargaan di bawah kategori "Sukuk Bank Terbaik".
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Khairul Kamarudin berkata penghargaan itu mencerminkan kepercayaan dan keyakinan berterusan pelanggan Bank Muamalat atas peranannya yang penting dalam menguruskan pelaksanaan pengumpulan dana bagi pihak mereka.
"Kami menghargai kepercayaan semua pelanggan kami ke atas keupayaan penyampaian kami walaupun pada masa-masa sukar yang belum pernah terjadi sebelum ini.
"Pengiktirafan ini mencerminkan kemampuan pasukan kami untuk melayani pelanggan secara konsisten walaupun dalam impak pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anugerah Kewangan Islam Aset Triple A adalah penghargaan industri serta pengiktirafan global yang paling berprestij yang memperakui peneraju industri kewangan dan tawaran yang menentukan industri ini dalam tempoh kajian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial