JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki mabuk pandu kereta lawan arus di Lebuhraya Kesas

15/09/2021 06:00 PM

SHAH ALAM, 15 Sept -- Polis menahan seorang lelaki yang memandu secara melawan arus sejauh tiga kilometer dari susur Bandar Puteri sehingga Tol Kota Kemuning di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian kira-kira 12.01 tengah malam itu, peronda lebuh raya menerima aduan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu secara melawan arus di KM23 hingga KM20 di lebuh raya tersebut. 

Katanya suspek berusia 36 tahun itu kemudian ditahan oleh peronda lebuh raya.

Shamsul Amar berkata hasil ujian yang dilakukan di Balai Polis Trafik Klang Selatan mendapati  lelaki itu di bawah pengaruh alkohol serta mempunyai tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan