AM

KPDN Perak Rampas LPG, Petrol Lebih RM10,000 Di Kampung Orang Asli 

02/04/2026 10:52 AM

IPOH, 2 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 94 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) dan 270 liter petrol menerusi operasi di kawasan Perkampungan Orang Asli di Gerik, Selasa lepas.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata operasi pada 5.30 petang dijalankan pegawai dan anggota penguat kuasa cawangan Gerik susulan aduan awam mengenai kewujudan premis menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen atau permit sah.

Beliau berkata pemeriksaan rapi di lokasi mendapati dua premis dikesan menjalankan aktiviti perdagangan LPG dan petrol secara haram.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita 38 tahun yang dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan tersebut.

“Ekoran kegagalan itu, KPDN telah menyita tong LPG serta petrol tersebut bagi siasatan lanjut melibatkan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM10,966,” katanya.

Kes disiasat  mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan menjual barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan