AM

PPV pandu lalu OKU sentral bakal dibuka di Johor Bahru

18/08/2021 04:25 PM

JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Persatuan OKU Sentral bakal membuka pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan penjaga mereka, di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin dalam masa terdekat ini.

Presidennya Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, ini adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas, mendapat vaksin secepat mungkin serta tidak tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kami menjemput OKU dan ahli keluarga untuk datang ke PPV ini untuk mendapatkan vaksin. Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada tiga orang penjaga serta ahli keluarga OKU. Mohon mengisi maklumat OKU dan tiga orang penjaga atau ahli keluarga dengan lengkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berkata, PPV ini hanya dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di negeri Johor sahaja.

Bagi yang berminat, pastikan segala maklumat diisi dengan tepat dan betul terutamanya maklumat berkenaan nombor kad pengenalan, nombor telefon dan ID MySejahtera, bagi memudahkan proses pemberian janji temu.

Mereka yang berminat boleh melayari pautan pendaftaran ini: https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6.

Pendaftaran dibuka sehingga 25 Ogos ini jam 11.30 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan