JOHOR BAHRU, 5 Ogos -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama kerajaan Singapura hari ini menyumbangkan 100,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Johor.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sumbangan itu diserahkan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Jeevan Singh kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Kehormat YSIJ.
Sementara itu, Jeevan Singh berkata kerajaan Singapura sentiasa terbuka untuk membantu Malaysia terutama negeri Johor dalam menangani pandemik COVID-19.
Pada Jun Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima 20,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) sumbangan Yayasan Temasek dari Singapura.
Kit ujian ini dapat mengesan virus COVID-19 dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang memakan masa 48 hingga 72 jam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial