BEIJING, 3 Ogos -- Kedutaan China di Thailand pada Ahad menyumbang dua buah kenderaan ujian asid nukleik (NAT) kepada Kementerian Kesihatan negara itu untuk membantu usaha mememerangi pandemik COVID-19.
Menurut wakil Kementerian Kesihatan Thailand, sumbangan itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara.
Setakat ini, kerajaan China telah menyumbang sejumlah 1.4 juta pelitup muka untuk kegunaan perubatan, 170,000 kit ujian, 80,000 pelitup muka N95 serta 72,000 kelengkapan perlindungan diri kepada Thailand.
Selain itu, China juga telah menyumbang 19.5 juta dos vaksin COVID-19, sejak Januari lalu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial