AM

Lebih 50,000 pekerja industri Perak bakal divaksin menjelang pertengahan Ogos

28/07/2021 10:06 PM

TAIPING, 28 Julai -- Lebih 50,000 pekerja sektor industri di Perak akan menerima vaksin menjelang pertengahan Ogos ini menerusi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). 

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata bagi mencapai matlamat itu, beberapa pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PIKAS telah diluluskan.

"PPV tambahan ini akan menyumbang kepada peningkatan jumlah vaksinasi dalam kalangan rakyat Perak," katanya kepada Bernama ketika melawat PPV PIKAS di Dewan St Louis hari ini. 

Dalam satu kenyataan, Shahrul memaklumkan sebanyak tiga PPV PIKAS tambahan telah diluluskan di beberapa daerah dan akan beroperasi secara berperingkat mulai 30 Julai ini. 

"Dinding Poultry Processing Sdn Bhd di Lumut akan mula beroperasi pada 30 Julai manakala Toyo Tires (M) Sdn Bhd di Kamunting beroperasi pada 3 Ogos dan MFM Group Batu 859 Undan di Setiawan pada 5 Ogos,” katanya.

Sebelum ini, Perak membuka tiga PPV Industri iaitu di Kompleks Sukan Proton pada 12 Julai serta Hotel Casuarina Meru dan Sapura Fabrication Sdn Bhd masing-masing pada 21 Julai.

Pengarah PPV PIKAS Dewan St Louis Eric Ho pula berkata sebanyak 1,600 dos vaksin disasarkan dalam sehari untuk diberikan kepada pekerja industri terutama di daerah Larut Matang dan Selama. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan