KUALA LUMPUR, 22 Julai -- Hospital Selayang bertukar status daripada hospital hibrid COVID-19 kepada hospital merawat COVID-19 sepenuhnya berkuat kuasa semalam.
Pengumuman itu dimaklumkan melalui satu kemas kini dalam laman Facebook rasmi hospital tersebut hari ini.
“Penukaran tarikh janji temu akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat dan kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai,” katanya.
Hospital Selayang menjadi hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat COVID-19 sepenuhnya selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial