AM

Pemberian vaksin COVID-19 sudah melebihi 6 juta dos

22/06/2021 01:10 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun -- Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini setakat semalam sudah melebihi enam juta dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata setakat semalam, seramai 4,384,441 telah menerima dos pertama manakala 1,666,757 individu sudah melengkapkan dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 6,051,198. 

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan lima negeri yang mencatatkan peneriman kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 216,386 diikuti Sarawak (188,289), Johor (176,080), Perak (154,422) dan Kuala Lumpur (145,906).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 235,623 dos diberikan semalam, tertinggi sejak ia dimulakan pada 24 Feb lepas.

Katanya daripada jumlah tersebut,181,840 merupakan penerima suntikan dos pertama manakala 53,783 lagi dos kedua. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan