KOTA BHARU, 20 Jun -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertua DUN Datuk Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan pihaknya dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob hari ini.
Jika diadakan, sidang DUN Kelantan juga akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana sidang Parlimen, sama ada secara maya atau bersemuka, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kali terakhir DUN Kelantan bersidang ialah pada 14 April 2020 dan hanya selama 45 minit ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial