AM

Vaksinasi harian terus lepasi sasaran, rekod 204,839 dos hari Rabu

17/06/2021 01:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun -- Jumlah vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menunjukkan trend positif apabila terus melepasi sasaran 200,000 dos sehari, dengan 204,839 lagi dos diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 196,775 individu menerima dos pertama manakala 8,064 individu menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan ini, seramai 1,476,753  individu telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan seramai 3,632,195 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,108,948.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 188,497 diikuti Sarawak (169,172); Johor (143,268); Perak (139,623) dan Kuala Lumpur (132,417).

Pada Selasa negara buat pertama kali merekodkan 215,876 dos vaksinasi harian, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin  di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan