BERITA COVID–19   Jumlah terkini kes COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia | COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | 
AM

Krim pemutih 'Brilliant Skin Essentials' dikesan mengandungi racun tretinoin - KKM

11/06/2021 07:11 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream mengandungi racun berjadual, Tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata notifikasi produk kosmetik itu telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM. 

"Oleh itu, produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. 

Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kemerahan di bahagian kulit, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Beliau juga mengingatkan tindakan pihak yang menjual dan mengedar produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama. 

Bagi kesalahan berulang, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya. 

Syarikat yang melakukan kesalahan itu pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

-- BERNAMA 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan